selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir & batin!
bulan ini bulan syawal. bulan syawal adalah bulan raya. semua orang sibuk beraya. tapi aku tak tau kenapa hari raya aku semakin kurang meriah. tak berapa nak seronok beraya. balik kampung, jumpa keluarga sendiri & mertua. sahabat handal. sembang2. cuma bezanya tahun ni aku tak tengok sarkas. mana pi kemeriahan raya dulu2? hingaq bingaq, lompat sana sini.. mungkinkah sebab kerajaan mengharamkan mercun dan bunga api? tak kot. takkan la rakyat malaysia sejahil itu..
bulan raya ni jugak la bakal menjadi 'starting grid' yang baru untuk aku. usaha & penat leha selama 3.5 tahun bakal dibalas. aku harap semuanya akan berjalan lancar sepertimana yang diharapkan. insyaallah.
seperti kebiasaannya, aku biasa merancang hidup aku untuk setiap 5 tahun. perancangan & cita2 besar dan utama tu memang la ada. tapi aku lebih suka kecilkan durasinya, supaya lebih fokus dan terarah. walaupun memang berteraboq memanjang. haha. kiranya tahun depan akan menjadi permulaan untuk 5 tahun yang seterusnya. rancangan utama aku untuk 5 tahun akan datang ni ialah aku tidak lagi merancang dari tempat yg sama. tempat boleh ditafsirkan sebagai negara / negeri / daerah / kawasan / jawatan / taraf sosial dan banyak lagi. yg tu rahsia. haha
cis, baru nak tulih blog dah ada tender baru masuk. mcm mana la blog ni tak terbengkalai?? hangpa bayangkan la kerja yg orang biasanya ambik masa 2 minggu - 4 minggu untuk disiapkan, tapi aku kena siapkan dalam masa 2 hari. bagi dalam 5 minit tadi, pastu nak hari jumaat petang. tak ka gila? ok la, aku cargas dulu.. masa mencemburui kita nampaknya.. cewwaaahhh!
Sep 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment