Salam semua. Piala Dunia yang dinanti-nantikan tinggal lagi 7 hari ja nak mula. Sebelum aku demam, aku nak kongsi sikit ‘review’ aku pasal Piala Dunia 2010..
BRAZIL
Bazil memang otai Piala Dunia. Rekod tak payah cerita la. Samba Brazil dijangka akan menari2 lagi atas padang Afrika. Pemain yang menjadi perhatian ialah Kaka. Aku rasa ni la yang memudahkan kerja Dunga. Sebab pada aku, pemain2 lain boleh buat kejutan sebab rata2 semuanya sama level. Bawah sikit dari Kaka. Kunci kekuatan Brazil pada kali ini pada ‘wing back’ yang sangat sesuai dengan taktikal pasukan. Maicon dan Daniel Alves. Bahagian tengah, Kaka dan Melo. Mesin gol yang patut dijadikan perhatian ialah Nilmar. Luis Fabiano perhatian kedua. Pada aku, Brazil pasukan yang mantap untuk semua posisi. Harap2 Julio Cesar tak la ‘injured’ lama sangat.
ARGENTINA
Sapa yang tak kenal Maradona? Siapa yang tak kenal Messi? Pada aku, Maradona masih salah seorang genius bolasepak walaupun genius dia berkurangan bila balik rumah. Argentina mempunyai barisan serangan antara yang paling baik untuk edisi kali ini. Messi, Aguero, Tevez, Rodriguez, Higuan memang mampu memeningkan pertahanan lawan. Cuma aku agak tertarik siapakah ‘playermaker’ pilihan Maradona. Messi? Aku rasa Messi lebih layak main ‘free role’. Dah la senang ‘injured’. Antara pilihan terbaik yang ada ialah Angel Di Maria. Masalah Argentina ialah pada posisi penjaga gol dan pertahanan. Yang best, antara pemain feveret aku sepanjang zaman disenaraikan. Juan Sebastian Veron. Harap2 dapat tengok Veron beraksi walaupun dah tua.
SEPANYOL
Sepanyol ada kelebihan tersendiri. Memiliki dua penyerang terbaik ketika ini, Torres dan Villa. Dengan pemain tengah yang mempunyai hantaran berkualiti, Xavi. Aku rasa pasikan ini boleh pi jauh. Cuma bergantung pada kecergasan pemain ja. Posisi penjaga gol antara yang terbaik juga. Ketiga2 penjaga gol yang disenaraikan adalah ‘star’ untuk kelab masing2 dah juga mempunyai keupayaan yang hampir sama. Masalah pasukan ni cuma pertahanan kiri dan kanan. Aku lebih suka Puyol diletakkan di posisi pertahanan tengah berbanding pertahanan kanan. Pada aku, Sepanyol perlu mengharapkan Xavi Hernandez dan Xabi Alonso konsisten sepanjang kejohanan. Jesus Navas dan David Silva antara kejutan Sepanyol kali ni.
ITALI
Pasukan kental, tapi belum cukup ramuan untuk jadi juara. Mempunyai barisan pemain berpengalaman, cuma mungkin taktikal depa ni pasukan lain dah boleh baca. Buffon macam biasa la, menjadi sandaran pemain pertahanan untuk berteduh. Kalau diikutkan, Itali juga antara pasukan yang kuat di semua posisi. Mungkin faktor usia kot yang membataskan kreativiti dan ‘pace’ pasukan. Jangan main2 woo.. aku agak edisi Piala Dunia kali ni banyak main ‘pace’. Tengok bola rasmi pun dah tau.
ENGLAND
Tak payah nak cerita sangat la. Sebab semua orang tengok BPL. Pemain2 pun dari BPL. Kalau taktikal Capello menjadi, memang pasukan ni dama boleh jadi juara. Lampard dan Gerrard, sila main elok2. Pasukan ni pada aku adalah pasukan yang paling banyak ‘star’. Tapi aku tak minat!
GERMANY
Pasukan ni jugak harus diberi perhatian sebab depa memang bermain sebagai 1 unit. Yang jadi masalah ialah pemain2 yang disenaaikan kebanyakkannya mempunyai ‘cap’ yang sedikit. Daripada 23 pemain, hanya 9 pemain sahaja yang mempunyai ‘cap’ 30 keatas. Apling merunsingkan posisi penjaga gol. Paling tinggi pun Manuel Neuer dengan 5 ‘cap’.
PERANCIS
Antara pasukan yang sepatutnya menjadi pilihan. Cuma taktikal Raymond Domenech ja yang jadi masalah. Pemain2 ‘star’ pun dah lanjut usia. Edisi kali ini mungkin akan jadi pentas untuk Ribery dan Gourcuff buat Perancis.
Tapi macam biasa la. Piala Dunia penuh dengan kejutan. Pemain2 ‘star’ pun belum tentu boleh menyerlah. Pada aku, untuk membolehkan pemain ‘star’ menyerlah dalam Piala Dunia ialah pemain pasukan itu sendiri. Kalau semua bagus2, ‘star’ pun akan menyinar. Seperti Klose, Zidane (2006) dan Ronaldo (2002)..
Pasukan pilihan utama aku ialah Brazil dan Argentina.
Jun 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


Aku rasa Slovenia adalah pasukan kejutan. Tak la sampai final, tapi tekejut la.
ReplyDeletehaha.. sama2 tgk..
ReplyDelete