Apr 19, 2010

UPDATE #1

salam isnin..


gila..


dah sebulan lebih tak update blog.. bukan taknak update, cuma alasan biasa, masa tak cukup la.. selain tu, aku rasa ada gak benda2 yang tak sepatutnya dikongsi / malas dikongsi. kalau setakat nak jadi blogger yang sedut topik dari email, pastu buat karangan sendiri, baik tak payah.. sebab blog aku ni berkisar pasai aku dan orang2 disekeliling aku.. kalau nak tgk gambaq2 keluarga/makwe/kawan sila ke facebook naa..


ok la, aku nak tukar stail pulak kali ni..


BOLA


1. MU dah merapati Chelsea.. arsenal ketinggalan berpeluh2.. cuma ada 3 game lagi. semoga team terbaik menang la. peminat arsenal, sila jangan berpeluh. peluang masih ada walaupun senipis duit seringgit.


2. La Liga plak memang lawan 2 team ja la.. Barca ngan Real. aku harap barca menang.


3. Seria A aku dah jarang2 tengok. sebab AC Milan dah kelaut. cuma game Inter-Juve aku tengok baru2 ni.. gol Maicon memang terbaik season ini setakat hari ini.


4. Liga Malaysia? Saya sokong!


5. Piala Dunia seperti biasa. Brazil, Argentina dan Italy menjadi pilihan.


AKU


1. Banyak plan kurang menjadi. takpa, nanti aku cuba lagi.


2. Belajar? dah tinggal stage tunggu result saja. kalau lulus boleh pi konvo. kalau tak lulus, aku teriak.. sapa yang baik hati, tolong doakan aku lulus 2 kertas terakhir ni..


3. Hobi? rasanya dah boleh bagi tumpuan penuh. nak jadi tahap hobi serius. angan2 nak jadi underwater fotographer secara bebas.


4. Bisnes? Baru nak berjinak2.. bisnes apa? yang jinak2 dulu sebagai permulaan.


5. Keluarga? masih 1+1=4.. pengambilan ahli baru masih dalam peringkat perbincangan. tunggu AMANI leading dulu kot.. pastu baru kejar. hahaha..


6. Kerjaya? boring + gaji masih ada utang + bengang + sabar = masih di sini. mungkin; masih di sini + konvo = fax resume.


7. dok terbayang2 William.. bila la bleh pi..


KAMPUNG HALAMAN


1. dah 4 bulan tak balik. wajib balik sebelum bulan 6. pasai apa? sebab kampung aku ni antara daerah pengeluar UTAMA jersi2 rasmi pasukan piala dunia.. orang kata beli kat kilang lagi murah dari kat butik. hahaha


2. Teringat nasik ayam Wati. wati ni kawan aku dari darjah 2.. dia seorang peniaga nasik ayam/pulut ayam ala2 thai yang terbaik di kawasan utara. kalau mau tau kat mana dia meniaga, kasi komen satu kali. tapi aku habaq kat hangpa la, memang terbaik! kalau aku ada kat kampung, hari2 pekena!


3. Teringin kuewtiau Pak Din. jauh skit dari kampung aku. tapi kuewtiau kerang yang terbaik di Malaysia. dah beberapa tahun aku miss pekena.. dia kata ada member dia bukak kat PJ. resepi sama. aku cari tak jumpa!


4. Tiba2 terkenang sahabat2 di seberang sana. apa habaq hangpa semua? kesian hangpa, negara sendiri perang tak habih2.. kalau balik nanti ada masa aku masuk dalam cari hangpa.. pekena tom yam khun sambil borak2.. teringat arwah pak mail. dia yang selalu teman aku pi sana dulu. al-fatihah..


ni ja dulu yang ada.. banyak lagi, tapi idea nak menaip kurang. rasa mcm nak tukaq stail blog aku ja. supaya lebih stail. baru bleh layan blog hari2.. lalalalaalalalalala..

2 comments:

  1. ^1+1 = 4^

    Aku harap hang tak tunggu untuk score di akhir-akhir masa tambahan. Score cukup-cukup dalam masa sebenar sudah.

    ReplyDelete
  2. hehehehe.. dua2 pun takpa.. kalau masa tambahan tu bleh menguji stamina.. hehehe..

    ReplyDelete