ok semua..
hari ni adalah hari terakhit dalam tahun 2009. cepatnya masa berlalu.. kebiasaannya banyak yang akan memperkatakan tentang azam tahun baru. aku taknak la komen yang part2 negatif berkenaan fungsi / keberkesanan / budaya azam tahun baru tu.. aku cuma nak bagitau, memang bagus pun kalau hangpa pasang azam untuk tahun baru. mungkin sebagai target untuk meningkatkan keazaman hangpa untuk capai apa yang hangpa semua nak. atau sebagai kayu pengukur milestones (bahasa bisnes) hidup hangpa. semuanya boleh dan betoi asalkan hangpa sendiri bahagia dengan kehidupan hangpa..
zaman dulu2 aku memang agak teruk la. asal sebut tahun baru ja, memang macam2 jemputan haram yang aku terima. nasib baik aku ni memang seorang yang amat huduh dan tidak suka bergambar. kalau tak, mau penuh gambar2 perangai setan aku dalam internet, facebook dan laman2 sesawang yang lain. sebenarnya kehidupan aku memang agak teruk la. memang tak berapa molek nak diceritakan dalam blog ni. walaupun motto blog ni "the truth is here".. hahahahaha.. banyak kejahilan dari keimanan sebenarnya. jadi aku tak merasa bangga la nak cerita kisah kehidupan aku yang jahil tu..
ok, tahun 2010.. apa cerita dgn tahun 2009? pada aku, alhamdulillah, semua yang aku nak aku dapat.. memang la bukan semua yang dapat.. tapi aku jenis yang percaya kalau aku belum dapat benda yang aku nak, itu bermakna Allah memang taknak bagi aku dapat buat masa tu. maknanya bukan masanya lagi. aku selalu percaya benda tu & memang dah jadi prinsip hidup aku dari dulu.. dari zaman aku sekolah2 dimana aku dihina, dikeji, dibuli, semua orang takmau kawan sebab muka huduh sampai la zaman aku buli orang, gaduh sana sini, dok lepak siam berbulan2 sampai bapak nak report polis (nasib baik bapak aku polis, jadi dia tak heran la sgt).. dan macam2 lagi la.. (serius, aku memang takleh nak cerita.. cuma si dia sahaja yang tahu semua kisah2 silam aku. dan sememangnya aku yak pernah berahsia apa2 dari si dia..) tak lupa jugak individu2 yang terlibat ja yg tau.. muahahahaha.. eh, dah melalut dah. kesimpulannya, kesabaran tu penting. bila sampai masanya, dapat la apa yang hangpa nak tu.. Allah maha adil.. kalau tak dapat jugak, tu bermakna hangpa tak layak la.. terima sahaja, jangan banyak komen!
bercerita pasal benda yang aku dapat dalam 2009? ada la.. hahahaha.. memang taknak aku cerita kat sini pun sebab ianya boleh menimbulkan unsur2 riak (bukan cerita pasal harta. kalau rm1 pun menunjuk2, tu pun kira riak jugak). walaupun ada yang tak dapat lagi (antaranya benda yg aku nak dari tahun 2005!), aku anggap belum sampai masanya ja.. kalau ditakdirkan dapat, dapat la..
rasanya panjang jugak aku tulis kali ni.. bukan apa, aku memang minat nak tulis2 ni, cuma aku ni memang jenis yg suka memendam perasaan. memang tujuan blog ni pun untuk aku mengubah cara aku tu. sebab tu nuffnang tak berminat nak menjengah blog aku ni.. hahahahaha..
rasa macam nak menaip lagi, tapi nantilah!
selamat tahun baru 2010.. semoga kehidupan dan amalan kita lebih diberkati pada tahun depan dan juga sepanjang hari sepanjang tahun yang akan datang..
PesananSuara: materialistik pelastik bombastik mista loba loba!
Dec 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment